~Secebis hari ini~

Bismillahirrahmanirrahim..

Sudah hampir sebulan lamanya blog ni tidak diupdate..ย  Moga Allah masih bagi kekuatan kepada saya untuk sentiasa berkongsi dengan kalian.. ๐Ÿ™‚

Hari ini memberi impak yang besar kepada diri saya.. Yang membuatkan saya mengoreksi diri kembali, apakah usaha yang saya lakukan selama ini dalam mengajak manusia kepada keimanan kepadaNya, sejauh manakah langkah saya dalam mewarisi kerja agung Baginda, dan sejauh manakah saya bersyukur dengan ni’mat yang dianugerahkan kepada saya..

Hari ini Allah izin saya kena jaga Da’wah booth kepunyaan Muslim Manawatu Association bersempena dengan Festival Of Culture anjuran Palmerston North Comunity Council.. Dan di sinilah saya bertemu dengan jiwa – jiwa yang dahagakan kebenaran, hati – hati yang tercari – cari keindahan Islam.. Alhamdulillah, betapa bertuahnya saya dapat berjumpa dengan mereka.. Mereka menyedarkan saya bahawa saya perlu meluaskan lagi langkah – langkah untuk mengajak ummat ini kepada Al-Haq.. Berusaha untuk menjadi da’ie yang kreatif serta menunjukkan qudwah (contoh) yang terbaik..

Saya terkedu apabila salah seorang pengunjung (atheis) booth ni berkata kepada saya (selepas kami saling bertukar cerita) , “Nobody tells me about Islam..” Automatikย  terasa darah menyirap laju ke muka, rasa malu untuk memandang wajahnya.. Terasa sangat yang kita ni sebenarnya tak buat ‘kerja’.. Masih enak di dalam zon selesa.. Tidak sensitif dengan keadaan sekeliling yang sangat kritikal, yang memerlukan seseorang untuk menunjuk kepada mereka, siapakah Al – Khaliq yang sebenarnya.. Astagfirullah..ย  Moga Ar-Rahman kasihan kepada saya dan kalian..

Dan saya juga rasa sangat – sangat terharu dan gembira (seperti Allah menganugerahkan kebaikan sebesar dunia dan isinya) apabila ada antara pengunjung yang datang, sangat berminat untuk mengenal Islam dengan lebih dekat lagi.. Mereka memberitahu saya yang dulu mereka tidak berkesempatan untuk mengenal siapakah Tuhan yang sebenarnya.. Tidak berpeluang untuk mengetahui apakah deen yang benar..ย  Mereka berharap sangat untuk mengenal Illah yang satu ini.. Subhanallah! Moga Allah anugerahkan hidayah dan taufiq kepada mereka.. ๐Ÿ™‚

Selepas dia berlalu pergi, saya terfikir : betapa bertuahnya saya kerana dilahirkan sebagai muslim, berada dalam masyarakat muslim (sewaktu di Malaysia), dianugerahkan keluarga yang sangat menitikberatkan cara hidup Islam, serta berpeluang untuk menimba tarbiyah (pendidikan) Islam sewaktu berada di sekolah dulu.. Alhamdulillah1000x!ย  Bukan semua orang dapat ni’mat Islam dan Iman.. Kerana hidayah itu milikNya.. Tetapi Dia Maha ‘Adil ~ Tidak ada hambanya yang dizalimi.. Semua diberi peluang yang sama.. Terpulang kepada kita untuk memilih antara al-haq dan batil..

“Sesungguhnya Allah SWT menganugerahkan akhlak di antara kalian sebagaimana dia memberi rezeki di antara kalian, dan sesungguhnya Dia memberi nikmat duniawi kepada orang yang Dia cintai dan juga orang yang tidak Dia cintai,ย  namun, Allah hanya memberi hidayah iman kepada orang – orang Dia cintai.” H/R Al-Hakim dari Ibnu Mas’ud.

Moga Allah sentiasa menetapkan hati kita dalam mentaatiNya, I.Allah.. ๐Ÿ™‚

p/s : bercampur baur perasaan saya hari ni.. Terutamanya apabila nak pergi ke masjid, tapi tersilap pergi ke church.. Alhamdulillah Allah selamatkan saya.. (Careless yang keterlaluan, ish3x)ย  ๐Ÿ˜‰

Advertisements

7 responses to this post.

  1. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

    Reply

  2. Posted by husna on March 27, 2010 at 5:35 pm

    yes siti farah, kita terlalu selesa di zon kita. I realized it too recently.

    p/s: kat sini xde masjid pun… =(

    Reply

    • Posted by perkongsian on March 28, 2010 at 3:18 am

      btul tu husna..kita kena keluar dari zon selesa ni..
      Doakan saya ye husna ๐Ÿ™‚

      p/s:yeke xde masjid? ingatkn Auckland ada.. xpe, xde masjid bukannye maksud xde muslim kt situ.. ๐Ÿ˜‰

      Reply

  3. salaam. what a nice blog. teruskan menulis perkongsianmu. being Muslim and the minority makes us reflect on how little we have done.

    sorry sebab tak bagi direction jelas ke masjid. map PNCC tu pun salah print lokasi. its 81 cook street actually, n ada code jugak.

    Reply

    • Posted by perkongsian on March 28, 2010 at 3:16 am

      salam, yeah agreed.. “being muslim and the minority makes us reflect on how little we have done..”

      direction to d masjid? never mind.. ๐Ÿ™‚ ~ someone kind really helped me yesterday..Alhamdulillah..

      Reply

  4. once merenung smula…sebak pula bila mana…kita yang bergelar muslim…tidak berusaha meningkatkan diri..
    sedangkan ramai kat luar sana sedang mencari2…
    syukran atas perkongsian…

    ps: doakan akak ya…bila agaknya blh bejumpa lagi..insyaAllah summer nanti akak blk lagi…

    Reply

    • Posted by perkongsian on March 29, 2010 at 10:30 pm

      btul tu k.sha..
      agreed100x..
      k.sha blk dis summer? kim slm peluk dn rindu farah pde sahibah2 semua di malaysia ye..
      sis is d best!
      uhibbuki fillah ๐Ÿ™‚

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: