.::Kebergantungan kepadaNya::.

Alhamdulillah.. Banyak urusan saya yang Allah permudahkan..Berkat doa kalian yang sentiasa mendoakan diri ini dan juga kerana kasih sayangNya kepada hambaNya yang kerdil ini.. ALHAMDULILLAH.. 🙂

~Esplanade Day~

Yang paling menyentuh hati adalah apabila setiap doa kita sentiasa dalam pandanganNya..  Ujian yang diberi menyebabkan kita makin dekat denganNya..  Dalam suasana yang sangat berbeza dengan kehidupan 20 tahun yang lalu, meyebabkan saya agak terkapai-kapai di sini..

Tapi yang nyatanya.. Dia tidak pernah meninggalkan saya..  Hati saya menjadi semakin tenang biarpun dikelilingi dengan penduduk yang rata – ratanya bukan muslim.. Mungkin fitrah manusia yang lumrahnya akan kembali kepada Tuhannya apabila ditimpa ujian dan musibah..  Mengadu dan menangis di hadapannya tika masa kita terasa lemah dan tidak terdaya untuk meneruskan langkah tanpa hidayah dan kekuatan dariNya..

~Kolam itik~Esplanade Day

Di sinilah terserlah kebijaksanaan dan kasih sayangNya..  Dia Maha Tahu jika hambaNya sentiasa dalam kesenangan dan keselesaan, kita akan jauh dariNya..  Tidak akan terlintas di hati kita untuk berhajat kepadaNya.. Tidak terdetik untuk kembali memujaNya serta bergantung kepadaNya..  Maha Suci Allah lagi Maha Halus penelitianNya..

Seperti pesan seorang teman, jagalah hubungan dengan Allah sentiasa ..  Cubalah untuk mengislahkan diri sebaik mungkin, serta berusahalah untuk mengajak orang lain..  Mungkin kita penuh dengan kelemahan dan kekurangan untuk menasihati kawan – kawan kita, namun sampai bila kita perlu menunggu untuk saling berpesan kepada kebenaran dan kesabaran?

Beberapa hari yang lalu ada dua orang English girl bertanyakan saya kenapa saya memakai tudung, adakah saya suka dengan keadaan saya yang terpaksa melindungi rambut saya dari yang bukan muhrim dan bagaimana cara saya solat.. Adakah saya memakai make up untuk mencantikkan lagi diri saya memandangkan saya menutup seluruh diri saya melainkan muka dan tangan.. (Semua soalan ini saya cuba jawab dengan keterangan yang paling ringkas dan mudah difahami oleh mereka..)

Dari situ, saya rasa sangat terharu kerana ramai di antara mereka yang masih tercari – cari kebenaran..  Hati saya menangis apabila mengenangkan, adakah saya akan dituduh tidak membawa mereka kepada Al-Haq di akhirat sana..  Moga Allah mengampuni dan mengasihani diri saya dan juga kalian..  Harapnya, Allah bagi saya kekuatan untuk sentiasa tegar beriman serta berjuang untuk mengajak manusia kepada keimanan kepadaNya..

Moga kita semua terpilih untuk berada dalam golongan kader – kaderNya..

May Allah bless us.. 🙂

8 responses to this post.

  1. Salam ‘alaik.. Kak farah.. ingat lg x rabia?? hehe… adik kak shila n cgu ani.. hehe.. akak futher stdy kat US ke? moga Allah pmudahkan sgala urusan.. jmputlah msuk blog rabia..=)

    Reply

    • Posted by perkongsian on March 14, 2010 at 1:50 am

      slm rabiah..
      ingat..x kan lupe kot..hehe..
      btw, akak further study kat nz dik..
      doakn akak ye.. 🙂

      Reply

  2. salam. Farah…maaf sangat2. tak sempat say goodby. tapi alhamdulillah, hari ni dapat jejak Farah kembali setelah puas mencari.

    Lega baca blog Farah, biar jauh beribu batu, tapi hati tetap pada yang Satu. ini yang power ni…jadi modal jihad kita.

    doakan kak nazihah kat sini….5 weeks to go insyaAllah b4 final

    Reply

    • Posted by perkongsian on March 14, 2010 at 1:53 am

      slm k.nazihah!!
      xpe, kan k.nazihah slalu doakn farah.. 🙂
      alhmdllh, Allah byk prmudhkn urusan farah..
      k.nazihah kumpul duit mehle dtg cni..

      Reply

  3. Subhanallah.. cantik betul bumi Allah di NZ..

    Reply

Leave a reply to perkongsian Cancel reply