Sedikit pengalaman sebelum ke sana..

Dah hampir sebulan lebih tidak menjengah blog kesayangan ni..  Allah izin, banyak perkara yang perlu diselesaikan kebelakangan ni..  Urusan ke luar negara, kontrak MARA, SMA ‘Ibrah dan etc,etc,etc..  Moga kesibukan – kesibukan ni dikira di sisiNya..

Menyentuh pasal SMA ‘Ibrah, teringinlah sedikit saya nak cerita pada sahabat semua celoteh-celoteh dan kerenah-kerenah first batch sekolah ni..

Pelajar 'Ibrah

But first thing first, saya perkenalkan dulu SMA ‘Ibrah ni..  ‘Ibrah dipilih sebagai nama sekolah ni kerana ia membawa maksud pengajaran dan pendidikan.  Bersesuaian dengan moto/visi sekolah ni, ‘Berilmu, Berakhlak, Berbakti.

Harapnya, generasi yang lahir dari madrasah ni adalah di kalangan ulama’, panelis intelektual, dan juga dilengkapi dengan akhlak/Syakhsiyyah Islamiyyah dan berguna kepada ummat manusia. Menunjuk dan mengajak kepada kebenaran al-Haq dan menentang kemungkaran, Insya Allah..

Tentulah lumrahnya, di peringkat awal ni sedikit sebanyak kelemahan dan kekurangan mewarnai di sana sini..  Supaya dari kelemahan dan kekurangan yang kita hadapi dan pelajari, kita semakin hampir kepada kesempurnaan..  Hendak dijadikan cerita, Allah izin asrama ‘Ibrah ni belum siap lagi pembinaannya..  Jadi rumah saya adalah antara asrama sementara bagi pelajar-pelajar perempuan.

LDK

Alhamdulillah, walaupun rumah kami menjadi asrama sementara bagi pelajar-pelajar puteri ni, tapi Allah izin kami sekeluarga tak rasa pun sebagai satu bebanan.. Malah rasa bersyukur, at least dapat juga saya tolong adik-adik ni sebelum ke New Zealand..

Cakap pasal kerenah tu, biasalah..  Awal-awal duduk asrama memanglah rumah saya ni boleh dikatakan banjir dengan air mata.. Adik-adik puteri ni asyik nangis rindu teringatkan umi dan abah mereka..  Tak kurang juga dengan demam rindu, sakit kepala, sakit perut dan bermacam-macam lagi..

Checkpoint merentas desa

Waktu tu baru saya tahu, beratnya dulu tugas warden saya.. (Terima kasih kak.lang :))  Saya ni pula bukannya jenis pandai pujuk.. Apa yang mampu saya tolong, saya ringankan tangan membantu mereka..

Merentas desa Perkampungan Tg.Putus

Pada minggu pertama, semua pelajar dikehendaki mengikuti program orientasi sekolah.. Antara tujuan utamanya adalah untuk membina tautan ukhuwwah di kalangan pelajar..

~Adakah Kau Lupa~

Alhamdulillah, berbekalkan sedikit pengalaman dan kekuatan yang Allah bagi, minggu orientasi berjalan dengan lancar dan kemuncaknya, Malam Apresiasi ‘Ibrah..

Pada malam tersebut, setiap kumpulan mempersembahkan idea masing-masing dalam bentuk lakonan dan nasyid.. Bertemakan ukhuwwah, majlis ni berakhir dengan sempurna sekali..

Apa yang saya nampak pada diri pelajar-pelajar ‘Ibrah ni, mereka tidak pernah takut untuk mencuba dan sentiasa mahu belajar dari kesalahan..  Di wajah mereka, mereka sentiasa gembira untuk mendengar nasihat dan berubah ke arah yang lebih baik..  Walau SMA ‘Ibrah ni penuh dengan kelemahan dan kekurangan, namun perkara-perkara ni dianggap enteng dan mereka sama sekali tidak menyedari kekurangan-kekurangan yang membebankan mereka..

1st 'Ibrah's Assembly

Kadang-kadang memanglah, sikap seniority yang diamalkan di sekolah rendah dulu adalah sedikit terbawa-bawa ke alam persekolahan menengah ni..  Tapi, Alhamdulillah..  They always ready to learn from their mistakes..  Always passionate to hear tazkirah and nasihah from their fascillitators, teachers and even from their friends..

SMA 'IBRAH's teachers

Dan yang paling saya suka dengan pelajar-pelajar ni adalah mereka sentiasa caring and concern to each other..  Yang ajaibnya, mereka tidak pernah ragu-ragu untuk menegur kekurangan atau kesalahan sahabat mereka (berhikmah but still there’s always room for improvement).. Dan sahabat mereka menerimanya dengan hati yang terbuka dan bersih hati..   Tautan ukhuwwah dan kasih sayang antara mereka membuatkan saya teringat kembali sahabat-sahabat saya di sekolah dulu..  Memanglah hubungan kami semua baik, tapi mungkin tak sebaik dan semesra adik-adik ni..  Dan keperibadian yang berlainan dalam setiap individu menjadi pelengkap batch mereka..

Moga Allah berkati dan rahmati mereka semua..  The truth is, saya rasa sangat beruntung dipertemukan dengan mereka semua..  Kerenah, celoteh dan sikap mereka menyebabkan banyak benda yang saya belajar sebelum berangkat untuk meneruskan perjuangan menuntut ilmu di New Zealand.. Allah hidangkan banyak peristiwa yang berlaku sebagai tarbiyah untuk diri ini dan juga sebagai bekalan untuk saya ke sana.. Alhamdulillah 🙂

p/s:  Balik-balik dari New Zealand, adik-adik puteri ni dah form 5..  Herm, nak jadi engineer ke cikgu eh?  Berbelah bagi pulak.. 😉

Advertisements

8 responses to this post.

  1. Posted by Shafa on January 21, 2010 at 5:13 pm

    waaa.. best nyer pengalaman Farah. jadi warden ek?

    Reply

    • Posted by perkongsian on January 21, 2010 at 5:17 pm

      shafa!!!
      warden? herm, sort of kot.. he3..
      do pray 4 me ye shafa..! btw, all da best in checzh!

      p/s : really miss our usrah 😉

      Reply

  2. Posted by sab on January 21, 2010 at 5:41 pm

    besnye farah…

    all the best in nz!

    Reply

  3. Korg semua hebat2 insyaAllah 😀

    Junior sape ntah waktu kat KMS ni 😛

    Reply

    • Posted by perkongsian on January 22, 2010 at 7:16 am

      he3..thx k.fai..
      yela, ktorg sume kan junior akk yg baik ni..
      iktibar dan pngajarn yg ktorg dpt drpd akk hnye Allah sje yg dpt mmbalasnye.. 🙂

      Reply

  4. salam k.farah…
    emm..teringat plak ana y jd generasi ke-2 smaskl..huhu~
    sronok sbenarnya jd generasi awal walaupon kemudahan tdaklah sesempurna mana..
    mga adik2 ini mmpu mnjd cth buat adk2 y sterusnya..=)

    -nashrah-

    Reply

    • Posted by perkongsian on April 25, 2010 at 3:19 am

      slm alaiki..
      i.allah..kalau free, datangla Ibrah..blh share2 cte korang sbg batch awwalun di smaskl.. 🙂

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: