.::Pesan murabbi ~ Wacana Lepasan MATRI::.

Alhamdulillah, rasa bersyukur sangat dapat pergi wacana ni. Alhamdulillah masih dipanjangkan umur untuk berjumpa dengan Dato’ Ustaz Dahlan dan Sir Abdoh.  Terima kasih ya Allah..

Wacana Lepasan Pelajar MATRI

Wacana Lepasan Pelajar MATRI

Sedikit yang saya boleh kongsikan bersama tentang apa yang Dato’ Ustaz pesan kepada kami..

” Kekuatan kita adalah kekuatan Islam..Yang mana kekuatan inilah yang paling ditakuti dan digeruni oleh Zionis..  Dan yang paling penting, kita perlulah bergerak dan beramal dengan fikrah, kefahaman Islam yang jelas.”

.:: Ikrar janji ::.

.:: Ikrar janji ::.

Pesan Ustaz lagi dalam sabda Rasulullah S.A.W..

“Jika hari ini kita sama seperti hari semalam, maka rugilah kita.. Maka gunakanlah masamu sebaiknya.. Sepertimana kamu bekerja di dunia seperti kamu hidup di dunia selama-lamanya dan kamu beribadah seolah-olah kamu akan mati pada esok hari..  Yang pastinya, tidak mungkin kamu akan hidup selama-lamanya, tetapi jika kamu akan mati pada hari esok adalah kemungkinan yang sangat pasti..Maka utamakanlah akhiratmu..”

Dato’ Ustaz juga berpesan..

” Hidup ini perlu ada tanzim/tersusun supaya kita tidak berada dalam kerugian.. Seimbangkanlah amalanmu, di mana ada masanya kamu bekerja, dan ada masamu solat, berzikir dan berwirid..”

.::Dato' Ustaz Dahlan..murabbi selamanya::.

.::Dato' Ustaz Dahlan..murabbi selamanya::.

“Hidup ini bukanlah masa untuk kita bermain-main..  Bersedialah kerana hari keberangkatan semakin hampir..  Carilah bekalan kerana safar kita jauh dan sebaik-baik bekalan adalah taqwa..  Ringankanlah kesusahanmu yang berat kerana deen ini juga berdepan dengan kesusahan kerana keadan sekarang yang dikuasai oleh orang-orang yang zalim dan pemimpinnya dikuasai oleh orang-orang yang fasiq..Orang-orang yang mengajak kepada ma’ruf dizalimi dan disekat.. Oleh itu bersedialah! Jadilah arus perubah!”

~ Time makan pagi ~

~ Time makan pagi ~

Begitulah sebahagian pesan murabbi kepada anak-anak didiknya..  Peringatan yang berguna untuk selama-lamanya.. Alhamdulillah Allah masih bagi kesempatan untuk mendapat sedikit mutiara daripada ustaz yang mana sekarang ini sudah semakin sukar untuk saya mendapatkannya..

p/s : Insya Allah pesanan dari Sir Abdoh akan menyusul kemudian..Yang Dato’ Ustaz Dahlan punye pun tak berapa lengkap sangat disebabkan saya asyik terkenang memori lama sewaktu mendengar nasihat ustaz.. 😉

12 responses to this post.

  1. Posted by sis asmak on October 12, 2009 at 8:30 pm

    salam adikku..
    alhamdulillah sgt bnyk manfaat yg telah dn moge2 terus dikongsi..setuju ngn pesanan dato’ ustaz tu..
    gerak kerja melebihi masa yg ada..masa sgt singkat..tapi masih bnyk yg perlu kite buat utk letakkan islam di tempat yg tertinggi..yup.umat islam kene bijak uruskan masa..agar masa yg sikit tu dpt digunakan sebaik2nye..ntuk beri manfaat sebanyak-banyaknye..moge Allah mudahkan urusan kite..ameen =)

    p/s:really miss kms,kengkwn n adek2..

    Reply

    • Posted by perkongsian on October 13, 2009 at 2:41 am

      slm k.asmaa’..
      btul ape yg akk ckp..mcm ppatah arab ckp : masa itu ibarat pedang, jka kamu tidak memotongnya, maka ia akan memotongmu..

      p/s : kami sume pn rindu nk dgr celoteh nasihat akk kpd kami.. 😉

      Reply

  2. Posted by mal on October 14, 2009 at 3:59 am

    salam…
    jazakillah atas perkongsian…
    mg sgl amanat drpd dato ustz. dan murabbi yg ln dpt dijadikan pemangkin dlm mlkukan krja2 islam…

    Reply

    • Posted by perkongsian on October 14, 2009 at 3:25 pm

      ajmain mal..
      I.allah, moga pesanan murabbi kita ini menjadi salah satu penyegar buat hati kita untuk terus tegar berjuang..

      Reply

  3. Tahniah kepada penganjur dan peserta.

    Peluang dan medan yang baik untuk kita kembali setkan dan perkemaskan halatuju dan fikrah sebagai mereka yang berhajat untuk memikul Masuliyyah ini.

    Benar, MATRI bukanlah satu sekolah yang inginkan kejayaan akademik semata-mata malah lebih dari itu.

    Semoga pertemuan ini mampu menjadi batu loncatan mengukuhkan lagi produk-produk tarbiyyah dari Institusi Tarbiyyah.

    Tahniah. Teruskan usaha.

    Reply

    • Posted by perkongsian on October 15, 2009 at 4:50 am

      “Semoga pertemuan ini mampu menjadi batu loncatan mengukuhkan lagi produk-produk tarbiyyah dari Institusi Tarbiyyah.”

      Ana teringat pesan seorang sahabat.. Kadang-kadang, dengan pertemuan sesama sahabat sefikrah boleh menambah keimanan kita, kerana bak kata Pn. Maimunah, sahabat itu adalah apabila kita melihat wajahnya, maka bertambahlah keimanan kita..
      Moga kita tergolong darinya, I.allah..

      Reply

  4. Posted by husna on October 15, 2009 at 4:48 am

    waah, kak asmak pn ade..
    ape kaba kak? sihat?

    p/s : awk duk teringt ape wkt ustz tu tgh bg crmh haa?
    btw, vice pres mpp kms skrg junior kamu… fatin namanye

    Reply

    • Posted by perkongsian on October 15, 2009 at 4:55 am

      Husna…!
      Dengar kate seronok jd cgu…? 😉
      btw, aah memang junior saya yg jd vice pres kms skrg..nk wat cane, ikut senior dy… 🙂

      p/s : husna, jdknla medan guru ni sebagai 1 bonus utk kita bergerak lebih maju di atas jalan ini..

      Reply

  5. waaaaaa..pendek sangt..xpuas…

    *hartu xdapt pi sebab ada clash ngan aktvti Haluan Perak..

    Reply

    • Posted by perkongsian on October 23, 2009 at 12:39 am

      Pendek?
      Ni pun ana rasa takut panjang berjela.. 🙂

      p/s : Moga Allah sibukkan kita dengan aktiviti2 yang membawa manfaat dan membawa kita ke arah redhaNya..

      Reply

  6. moga Allah izinkn kami perantau dapat berkumpul suatu hari nanti…

    Reply

    • Posted by perkongsian on October 28, 2009 at 7:42 am

      Insya Allah..

      Seronok hari tu time program perantau dapat jumpe dan kongsi pendapat dengan k.sha.. Moga Allah pertemukan kita lagi.. 😉

      Reply

Leave a reply to Sahel Nordin Cancel reply