Kecintaan pada negara?

Sedikitla nak kongsi…sebab hari tu baru balik dari BTN..

Masa tu, kami dengan semangat berkobar – kobarnya ditanam semangat cintakan negara…

Alhamdulillah, adela sedikit perasaan sedar bahawa pentingnya cinta pada negara..Tapi perlu diingat, kerana bak kata Hassan Al-Banna “Kecintaan pada Islam mesti datang dahulu, barulah kita cinta pada negara..”

Sebab, jika kita lihat isu Palestin…Dimasa saudara – saudara kita memerlukan kita, apakah tindakan yang dibuat?

Negara – negara berdekatan hanya berdiam diri tanpa menoleh sedikit pun kearah mereka..Malah ditutup pintu – pintu bantuan kepada mereka..Padahal mereka mengaku agama Islam sebagai agama rasmi negara.. Adakah terlalu fanatik cintakan negara sehinggakan rintihan saudara – saudara seIslam tidak dihiraukan?

Jika kita betul mengaku kita seorang muslim dan seorang mukmin, maka renunglah sabda Rasulullah SAW..“Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri..”

Saya teringat satu ayat dalam cerita yang saya baca..“Kasih sayang yang benar hanya lahir dari kesatuan dan kesamaan aqidah yang benar..”

Rasulullah pun sebenarnya, menerapkan semangat cintakan negara dalam Piagam Madinah yang dibuat –

* Semua penduduk Madinah ditegah bermusuhan atau menanam hasad dengki sesama sendiri, sebaliknya mereka hendaklah bersatu dalam satu bangsa iaitu bangsa Madinah.

*Semua penduduk Madinah hendaklah bekerjasama dalam masalah ekonomi dan mempertahankan Kota Madinah dari serangan oleh musuh-musuh dari luar Madinah.

Jadi bila dilihat, semangat cintakan negara memang telah dipupuk oleh Rasulullah kepada penduduk Madinah..Cuma janganlah kita tersalah tafsir perasaan ini..

Moga dengan sedikit buah fikiran ini, dapat memberi sedikit manfaat kepada sahabat – sahabat semua..

Advertisements

5 responses to this post.

  1. Negara bangsa itu satu polemik dalam kehidupan masyarakat global.
    Sesetengah kita masih dalam keadaan tidak tahu sama ada negara bangsa itu benar-benar mampu menggantikan sistem khilafah dinasti uthmaniah.

    Namun begitu, kita juga melihat, kerajaan dinasti umaiyah dan seterusnya, semua juga tidak dapat menandingi khilafah rasulullah dan khulafa’ rasyidin.
    Wujud kekurangan dan kelemahan dalam sistem khilafah ala dinasti ini , walaupun ia masih di bawah sistem “khilafah”.

    Maka kita perlulah melihat negara bangsa melalui kacamata terbuka. Konsep negara bangsa sebenarnya telah wujud dalam bentuk sentimen sejak zaman umaiyah lagi. Maka, sudah pasti perlu ada pertimbangan terhadap konsep ini. Ini mungkin tidak sepenuhnya syariah-compliant…tetapi di waktu tertentu, sekiranya maqasid syariah boleh dicapai meski tidak sempurna, konsep ini perlu dipertimbangkan secara serius oleh gerakan-gerakan Islam.

    Sekadar pandangan saya. Tuan rumah dan sesiapa saja bebas menolak pandangan ini. Terima kasih.

    Salam.

    Reply

  2. Assalamualaikum,

    Subhanallah.teruskan dgn usaha da’wah ini akak.
    kami di kms akan terus menyokong. doakan kejayaan kami di sini
    =)

    Reply

  3. Posted by mawar berduri on August 8, 2009 at 3:40 pm

    negara bangsa oh negara bangsa….

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: