Tukar

Salam alaik

Atas sebab-sebab tertentu, blog wordpress ni tidak lagi digunakan.

Saya telah berpindah ke alamat blog yang baru : http://farahlokman.blogspot.com/

Maaf atas sebarang kesulitan.

Barakallahu fik!

Rayuan derma Pakistan

Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: ” Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku – ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh “. (63:10)

Fastabiqul Khairat!🙂

Bersediakah?

Umiku bertanya kepadaku soalan yang membuatku terfikir panjang..

Moga Allah sentiasa pimpinku ke jalanNya.. Walaupunku selalu tersasar kerana lupa, aku harap Dia sentiasa sudi memapahku kearahNya kembali..

Your heart’s longing to worship GOD

Selepas menghantar abah di Auckland, aku pulang ke Palmy dengan bas. Aku duduk di sebelah seorang makcik yang dalam lingkungan 60-an. Makcik ni boleh dikatakan sangat peramah. Kalau boleh nak bersembang denganku sepanjang-panjang 8jam dari Auckland ke Palmy. Aku sangat penat sebenarnya, tapi demi meraikan makcik tadi, aku gagahkan jua mataku untuk segar berbual dengannya.

Dalam perbualan kami, kami banyak berbual tentang keluarganya, dan kadang-kadang dia bertanya pendapatku tentang New Zealand. Selang masa yang aku tidak berbual dengannya, aku membaca buku hadis 40 yang kuselitkan dalam Al-Quran yang ku pegang erat sepanjang perjalanan. Makcik itu hanya memandangku. Sejurus selepas aku habis membaca hadis, makcik itu bertanya, “It’s that Quran?” Aku agak terkejut. “You know Quran?” Aku bertanya. Dia mengangguk. Dia bertanya lagi,” Is Quran written in Arabic words? Can you read it?” Aku membalas, “Yep, Quran is written in Arabic words, but yes we can read it. You want to hear it?” Makcik itu berkata, “Yes, I’d love to listen to you.”

Kemudian aku membacakan untuknya beberapa potong ayat dari surah Isra’ yang menceritakan tentang sirah Rasul dengan kaum musyrikin yang ingkar dan ego tidak mahu mendengar ajakanNya. Makcik itu sangat kagum dengan ayat-ayatNya.. “I really love listening to you. Their words are soft and beautiful to ears.” Selepas itu, makcik itu memintaku untuk menterjemah ayat-ayat yang ku baca. Dengan terkial-kial, aku cuba sedaya upaya untuk menterjemahkan ayat-ayatNya yang kubaca kepada makcik  itu.

Makcik itu berkata, “Yes, it’s also written in our bible as well.” Aku bertanya kepadanya, adakah dia selalu baca kitab bible, dan dia berkata, “Yes, I always read my bible. You know, your heart always longing to worship God. You feel empty if you don’t have Him. And that is what i see in Kiwi people. They don’t worship God, but because of their hearts really yearn for something that they can worship to, so that’s why they worship wine, sport and …(saya tak ingat yang ketiga tu apa, maaf sangat2)” And because of that, they are very poor in attitude. They want to do everything in their own way. And always oppose what God says. That’s what i feel so irritating about them..

Aku terdiam, dan sebenarnya memang majoriti penduduk New Zealand adalah atheis. Aku teringat dalam kalamNya :

Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)! Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan)? (55:29-30)

Dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa berhajat kepadaNya dalam segala hal). Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan berderma).  Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu. (47:38)


Hatiku berfikir lama.. Sesungguhnya memang benar seperti firmanNya, kita semua sentiasa berhajat kepadaNya. Kerana  Dialah pencipta kita, dan kita memang diciptakan untuk sentiasa berhajat kepadaNya. Masha Allah.

Moga aku dan kalian sentiasa dalam redhaNya, ameen ameen.

Ibrah dalam safar

Alhamdulillah, dengan rahmat dan kasihNya, dapat juga ku bertemu dengan insan yang sangat ku kasihi yang sanggup datang dari Malaysia, untuk melihat bagaimanakah keadaanku di sini. Travel bersamanya banyak memberi pengajaran kepadaku. Alhamdulillah.

Boleh dikatakan kami travel seluruh New Zealand (roughly). Dari Auckland, ke Palmerston North, Wellington, Christchurch, Queenstown, dan Dunedin (Bandar-bandar besar di NZ). Alhamdulillah, banyak sangat yang Allah permudahkan.

Sepintas dalam perjalanan :

Banyak yang Allah permudahkan. Dia seorang yang sangat penyabar. Dalam travel kami (semasa drive) banyak kali jugakla kami diherdik oleh orang-orang yang kurang sabar. Tapi dia hanya bersabar dan cuba mencari di manakah kesalahannya.

Dimurahkan rezeki yang halal. Alhamdulillah sepanjang perjalanan, bila sudah sampai masa untuk berbuka, Allah temukan kami dengan restoran makanan halal. Dan juga semasa di Queenstown, kami dibelanja oleh Brother Adem dari Turki. Kami berbuka bersama beliau dan juga keluarganya.

Ifthar treat from Bro Adem from Turki

Tanda-tanda keagunganNya tampak sungguh pada alam yang sangat cantik dan indah. Yang membuatku terfikir, Ya Allah jika makhlukMu ini sudah seindah ini, apatah lagi PenciptaNya. Subhanallah Allahu Akbar!

Lake Wakatipu and Queenstown city from above

Remarkable Lake Wakatipu, subhanallah!!

Beautiful Bob's Peak

Lake Dunstan

Usaha selari dengan doa dan tawakkal. Aku nampak sungguh hal ini dalam dirinya. Usahanya yang bersungguh walaupun sekecil-kecil usaha dalam membaca peta, merancang perjalanan dengan penuh teliti, tapi seiring dengan doa yang tidak putus-putus kepadaNya. Membuatku muhasabah kembali diriku. Oh bagaimanakah hubunganku dengan Dia?

Dalam perjalanan kami, sempat kami duduk sekejap untuk sama-sama saling ingat kepadaNya, menyegarkan kembali jiwa yang kehausan dengan peringatan dan tazkirah. Aku diingatkan kembali bahawa pentingnya tarbiyah. Walaupun sudah berkali-kali aku dengar, namun hatiku basah. Jiwaku menitis, aqalku senyap, kembali berfikir muhasabah diri.

Aku teringat satu peristiwa semasa kami di Queenstown, sewaktu kami sedang enak menghayati pemandangan indah Lake Wakatipu, seorang warga UK meminta tolong kerana keretanya kehabisan bateri. Dan dia tanpa ragu-ragu terus menolong pemuda tersebut sambil berkata kepadaku , “Insya Allah, kalau kita tolong orang, Allah tolong kita. Aku tersenyum. Indahnya nikmat iman🙂

Alhamdulillah 100x! Terima kasih abah sebab datang melawat kakak. Insya Allah kakak cuba jadi yang terbaik!🙂

KONVENSYEN PEMBANGUNAN UMMAH

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.”(13:11)

BERSAMA MENANGANI PERMASALAHAN UMMAH

22-24 OKTOBER 2010

AUDITORIUM MASJID PUTRA PUTRAJAYA

ANJURAN

PERTUBUHAN HIMPUNAN LEPASAN

INSTITUSI-INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA (HALUAN)

KERJASAMA

MASJID PUTRA, PUTRAJAYA

PENGENALAN

Konvesyen merupakan wadah yang penting bagi meningkatkan ilmu, pengalaman melalui perbincangan secara ilmiah dan berstruktur. Ia juga amat bermanfaat kerana menjadi jambatan hubungan antara NGO dengan pihak luar yang mana dapat bersama-sama memberi pandangan dan pendapat demi kebaikan masyarakat seluruhnya. Konvensyen juga merupakan wadah yang terbaik untuk memberi peluang kepada ahli panel, NGO dan orang ramai mengemukakan idea-idea baru serta pendapat yang bernas kearah mengukuhkan organisasi seperi HALUAN. Antara lain konvensyen ini juga akan dijadikan medan pertemuan dengan tokoh-tokoh dalam Negara mahupun luar Negara yang aktif dalam memberi sumbangan khidmat kepada masyarakat peringkat nasional mahupun antarabangsa.

OBJEKTIF

1. Mewujudkan suasana interaksi antara NGO dan masyarakat.

2. Meningkatkan pengetahuan dan maklumat semasa berkaitan dengan pembangunan ummah.

3. Mengenalpasti peranan yang perlu dimainkan oleh masyarakat terhadap isi-isu semasa ummah.

PESERTA SEMINAR

Peserta seminar ini terbuka kepada ahli-ahli HALUAN, wakil-wakil NGO dan kakitangan kerajaan serta orang ramai seramai 250 orang.

TEMA

Bersama menangani permasalahan ummah

TARIKH

Konvensyen ini akan diadakan pada 22-24 Oktober 2010

BIDANG-BIDANG

Ekonomi, Pendidikan, Sosial, Dakwah, Isu-isu Semasa Tempatan dan Antarabangsa

TEMPAT

Auditorium Masjid Putra, Putrajaya

TENTATIF KONVENSYEN

JUMAAT (22 OKTOBER 2010)

8:00 am – 9.00 am : Pendaftaran

9:00 am – 9:30 am : Perasmian

9:30 am – 10:45 am : Keynote Speaker I : Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid (“Agenda Ummah dalam Pembangunan Negara”)

10:45 am – 11:00 am : Minum pagi

11.00 am – 12:15 pm : Key Note Speaker II : Dr. Abdullah Sudin Abdul Rahman (“Pembangunan Ekonomi & Sosial: antara Realiti dan Cabaran”)

12:30 pm – 2:00 pm : Makan tengah hari

2:45 pm – 4:45 pm : Keynote Speaker III : Dr. Kamal Herbawi : “Pembangunan Tamaddun Ummah: Contribution of Islam to Modern Civilization”

4:45 pm – 5:00 pm : Kudapan

SABTU (23 OKTOBER 2010)

9:00 am – 10:30 am : Keynote Speaker IV : Tan Sri Dato’ Muhammad Ali Hashim : “Pembangunan Keusahawanan Ummah”

10:30 am – 11:00 am : Minum pagi

11.00 am – 12:30 pm : Keynote Speaker V : Datuk Nik Mustapha B. Hj. Nik Hassan : ”Ummah melalui Pengurusan Ekonomi Strategik”

12:30 pm – 2:30 pm : Makan tengah hari

2:30 pm – 4:00 pm : Keynote Speaker VI : Prof. Dato’ Dr. Sidek Baba : “Islam dan Pendidikan”

4.00 pm – 4.30 pm : Kudapan

AHAD (24 OKTOBER 2010)

9.00 am – 10:30 am : Keynote Speaker VII : ”Pendidikan, Dakwah dan Pembangunan Sosial”

10:30 am – 11:00 am : Minum pagi

11:00 am – 12:30 pm : Forum NGO: “Peranan NGO dalam Pembangunan Ummah”

Wakil Teras: Cikgu Azmi Abdul Hamid

Wakil WADAH: Dato’ Dr. Siddiq Fadzil

Wakil IKRAM: Prof.Dr. Mohamed Hatta Shaharom

Wakil Haluan: Dr. Azizan Ahmad

12.30 pm – 1.00pm : Majlis Penutup

1.00 pm – 1.30 pm : Makan tengah hari

Kepada yang berminat, bolehla isi borang ini dan hantarkan ke alamat tertera : Konvensyen



Infaq JOM!

Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian.

Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (35:29-30)


Jom infaq!

Sempena Ramadhan Al Mubarak ini, MATRI melancarkan Projek Infaq Ramadhan Senggara MATRI untuk menampung perbelanjaan senggara dan kos dewan makan MATRI.

Ma’had Attarbiyah Al Islamiyah (MATRI) yang kini jumlah pelajarnya hampir-hampir mencecah 900 orang hanya bergantung kepada yuran pelajar dan sumbangan orang ramai yang perihatin.  Sekolah ini walaupun hanya sederhana namun telah melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum.

Sekolah ini juga dengan keadaan yang serba kekurangan cuba untuk menanggung kos pengajian beberapa orang pelajar dari negara-negara miskin seperti Kemboja, Vietnam, Acheh dan beberapa negara lain yang memerlukan ustaz-ustaz atau pendakwah-pendakwah yang akan membimbing masyarakat tempatan untuk menuju kejalan Allah SWT.  Setakat ini sudah ada beberapa orang dari Kemboja yang telah pulang dengan ijazah dari universiti tempatan dan kini berkhidmat sepenuh masa di Kemboja untuk mendidik masyarakat kepada Islam.  InsyaAllah setahun dua lagi akan pulang beberapa orang lagi dari Mesir dan Madinah.

Semoga segala sumbangan anda menjadi saham jariah untuk hari pulang kepada Allah SWT.  Segala sumbangan boleh disalurkan kepada:

Tabung Penyelenggaraan MATRI BMBB (Bank Muamalat) 090 1000 000 5713 atau
Akaun Jawatankuasa Pembangunan & Pembaikan MATRI BIMB (Bank Islam) 090 100 100 22110.

Untuk urusan mendapat resit sila hantarkan atau faxkan bank slip ke

Unit Kewangan
Ma’had Attarbiyah Al Islamiyah [MATRI]
Perkampungan Tunjung
02400 Beseri Perlis.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Cikgu Azmi (019 4744 343) atau Cikgu Nasir Soleh (0192806183)

Anda juga dijemput ke Majlis Pelancaran, Projek Infaq Ramadhan pada hari sabtu, 21 Ogos 2010, 9.30 pagi di Surau MATRI (Alamat seperti diatas)

Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat.

Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu.

(Memberi hormat dengan berkata): “Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu.  Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu. (13-22-24)